Ucapan Tahniah dan Syabas:Penubuhan Koperasi Pembangunan Ekonomi Brantian Baru Tawau Berhad.
CONGRATULATION


AHLI LEMBAGA PENGARAH
KOPERASI PEMBANGUNAN EKONOMI BRANTIAN BARU TAWAU.BERHAD.
(KOPEB)

Duduk: Sebelah Kanan, En.Dr.Ismail B.Idris (Ketua Pengerusi Biro)merangkap Biro Perhubungan Antarabangsa,En.Ahdie B.Dodds Pengerusi Eksekutif KOPEB.
Berdiri:SebelahKanan,En.Suaideh Hj.Ab.Hamid(Biro Insaniah),En.Azmih Junaidi(Biro Ekonomi),
En.Ishak Hj.Abd.Rahim(Bendahari),En.SuhaidiHj.Adinin(Setiausaha),En.Abd.Rahim Bin Ibrahim(Biro Korporat),En.Nicholas Bin Berman(Biro Kominikasi) dan Tuan Hj.Abu Bakar Bin Taha(Biro Pendidikan) VISI KOPERASI
Memperkukuhkan ekonomi ahli dan rakan niaganya ke arah mewujudkan masyarakat perdagangan yang berdaya saing dan seimbang untuk dapat menikmati kualiti hidup yang sejahtera dengan mengoptimakan sumber dan peluang perdagangan yang ada dengan lebih efektif dan terancang.
MISI KOPERASI
Meningkatkan sosio-ekonomi ahli dan rakan niaganya dengan menjalinkan kerjasama yang erat dalam menggembleng sumber-sumber dan peluang-peluang yang ada secara optima dan terurus bagi mempertingkatkan daya pengeluaran ,pendapatan dan kualiti hidup selaras dengan Wawasan 2020. OBJEKTIF KOPERASI
Memajukan ahli melalui anjakan Koperasi sebagai satu entiti perniagaan dengan mengambil peluang yang ada daripada kekayaan Negara dalam bidang agro industri sebagai tunggak ekonomi utama dan bidang perdagangan dan perkhidmatan yang berpotensi sebagai tunggak ekonomi kedua untuk merealisasikan visi dan melahirkan satu masyarakat perdagangan yang cemerlang dan berdaya saing.
Telah Mengadakan Mesyuarat Penubuhannya
Tarikh : 26/01/2009
Masa : 2.00 Petang
Tempat : Dewan Diraja Masjid Al-Khautsar
01.31.09 (11:15 am) [
edit]
1
Comments
SEKADAR KELUHAN:TERJEJAS SOSIO-EKONOMI PEKEBUN KECIL BRANTIAN BARU
Bila anak tempatan dipersoalkan kedudukannya oleh orang luar. Siapakah yang patut mempersoalkan siapa bila menyentuh hal-hal tanah yang di ceroboh dan di dapatkan dengan cara licik. Lucu tapi mimpi ngeri jika kerajaan tidak mengambil tindakan yang lebih tegas, berintegriti dan berwibawa. Adakah menanam di tanah yang diceroboh oleh orang luar memberikan mereka hak-hak dan lesen untuk memiliki tanah tersebut untuk selama-lamanya. Jika demikian halnya adakah perlu lagi jabatan tanah dan ukur atau agensi-agensi kerajaan yang sepatutnya membela masyarakat yang tidak berkemampuan.
Adakah lagi tanah yang tinggal untuk dipohon oleh anak tempatan yang tidak bertanah? Sedangkan orang luar membuat kampong di negeri kita sendiri. Bolehkah kita menjadi seperti mereka dengan menggunakan taktik yang sama untuk mendapatkan tanah di tempat mereka dari mana mereka datang. Kita terbuka pada pembangunan tetapi sampai tahap manakah keterbukaan itu?
Banyak masalah yang dibawa bersama oleh sesetengah syarikat-syarikat luar. Kedatangan mereka di sangka matahari berpanjangan rupa-rupanya membawa ribut dan kerosakan. Amat memalukan, Amat menyedihkan tabiat sesetengah syarikat-syarikat ini.
Contohnya seperti masalah jalan penghubung kampong yang sepatutnya mudah.,ia menjadi sukar dengan jalan dikorek semata-mata untuk menghalang aktiviti-aktivit ekonomi kampong dijalankan. Semua ini kerana mereka beranggapan menceroboh tanah di negeri ini menghalalkan tanah menjadi milik mereka sedangkan mereka siapa. Mereka adalah tetap orang luar. Sedangkan ramai lagi anak-anak tempatan yang tidak bertanah. Orang kampong mengambil semua langkah-langkah proaktif dan berusaha untuk memajukan ekonomi diri, kampong dan negeri selaras dengan cita-cita kerajaan untuk mengwujudkan satu masyarakat perdagangan luarbandar yang berjaya. Bukankah itu cita-cita kerajaan dalam RMK9 untuk masyarakat luar Bandar? Tetapi sesetengah syarikat luar itu tidak prihatin dan begitu jelek perbuatan mereka kerana menjadi batu penghalang kepada pembangunan ekonomi luarbandar sedangkan adanya mereka di situ untuk apa? Untuk menguntungkan kantong sendiri semata-mata dengan menindas dan menceroboh tanah. Tidak membenarkan pula anak tempatan untuk turut maju. Apakah kelebihan sekumpulan orang luar yang datang ke Sabah, membentuk syarikat kemudian memohon semua tanah yang ada dengan cara yang dipersoalkan sehingga kononnya semua tanah menjadi milik mereka dalam imaginasi mereka. Sebenarnya anak tempatan inilah yang lebih berhak ke atas tanah di Sabah ini Kalau begitu adalah lebih baik mereka mencari rezeki ke negeri mereka sendiri jika mereka lupa kepada tanggungjawap sosial mereka. Kami tidak memerlukan kedatangan syarikat yang hanya tahu mengambil tapi lupa tanggungjawap sosial. Malahan menjadi batu penghalang untuk mencapai objektif kerajaan untuk mencapai Wawasan 2020.


Masalah gate adalah satu hal. Mereka memasang gate dimerata-rata sehingga orang kampong tidak dapat menghubungi tanah mereka. Sedangkan mereka tadi untuk masuk ke tanah mereka juga terpaksa melalui tanah kampong yang ada. Mereka seperti tidak berfikir atau memiliki otak tapi tidak digunakan. Sebaliknya ia digunakan untuk menyusahkan masyarakat setempat .


Masalah persempadan tanah juga adalah satu cerita yang perlu direkodkan kerana sesetengah pihak mengambil tindakan sendiri untuk menentukan sempadan tanah mereka tanpa memaklumkan Jabatan Tanah Dan Ukur dan ketua kampong. Lantas dengan senang mengatakan kami sudah buat sempadan baru sedangkan syarikat ini dulunya yang membuat sewenang-wenangnya ke atas tanah yang mereka sangka milik mereka. Bila kita bertanya mengapa mereka bertanam di atas tanah bukan hak mereka, jawapan mereka adalah mereka ‘terlebih tanam’. Tapi bila anak tempatan yang lebih berhak mengusahakan tanah dengan mengharungi segala red tape yang ada, mereka mengata kita pula. Siapakah yang sepatutnya yang lebih berhak mempersoalkan tentang tanah di negeri ini?
Masalah bermasyarakat dengan orang kampong perlu juga disebut. Mereka bersikap lebih kurang ajar. Alangkah baiknya jika begini cara mereka pulang saja ke negeri asal mereka. Kita tidak memerlukan pelabur-pelabur luar yang tidak prihatin pada pembangunan ekonomi anak tempatan luarbandar.

Beginilah keadaannya jalan yang telah ditimbus itu telah dikorek semula tanpa ada rasa keprihatinan terhadap orang kampong dan pembangunan ekonominya. Mereka langsung tidak membantu dalam membangunkan sosio-ekonomi luarbandar seperti yang diharap-harapkan oleh kerajaan.
Gambar-gambar kenangan di atas adalah untuk pengajaran kepada anak-anak tempatan. Bangkit dan sedarlah!
“Kampung Kuat Negara Kuat”
Catatan Perjalanan Anak Tempatan
Profile jalan penghubung kampung Brantian Baru menjadi satu dilemma pada pembangunan ekonomi luar Bandar. Kerajaan dan pemimpin-pemimpin kita perlu peka untuk mendengar dan bertindak. Cerita jalan ini adalah sebahagian daripada cerita penderitaan dan kekecewaan rakyat yang ingin berusaha untuk maju. Apa yang diceritakan ini mempunyai mesej dimana ada sesuatu yang tidak kena dalam hal pengurusan tanah. ‘Tepuk dada tanya selera.’ Kita tidak mahu apa yang berlaku seperti ‘kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan.’
Kerja-kerja penimbusan jalan yang telah dikorek sebelumnya oleh satu syarikat luar di kampong Brantian Baru dengan alas an itu jalannya yang dibuatnya sendiri atas gerannya dan untuk menghalang kecurian. Siapakah yang menjadi mangsa di atas tindakan jelek dan tidak berperi kemanusiaan ini. Tanah kampong yang berada di hujung tanah daratan disebabkan itu saja sis-sisa tanah yang tinggal untuk dipohon dan dimajukan oleh orang kampong tempatan. Itu pun dipersoalkan oleh orang luar ‘umpama sudah diberikan tapak tapi hendak rumah pula.’
Apa yang ironiknya syarikat luar itu akan melalui jalan kampong dan reserve jalan untuk masuk dan membangunkan tanahnya. Kalaulah mereka datang ke Sabah dengan tujuan membangunkan bersama-sama pembangunan ekonomi negeri, kita mengalu-alukan dengan tangan terbuka. Tapi kalau kedatangan mereka adalah untuk mengisi kantong sendir saja dan mengaut semua tanah yang ada maka syarikat-syarikat seperti ini tidak diperlukan kerana kedatangan mereka lebih banyak mendatangkan kerosakan daripada membawa keamanan dan kesejahteraan di kawasan luarbandar, Sudah tiba masanya mereka pulang saja ke negeri asal mereka sendiri. Kita cuba lihat samada mereka boleh mendapatkan keistimewaan seperti yang ada di Sabah dimana penduduknya ramah dan harmoni. Janganlah sesetengah syarikat separti ini terus menerus mengambil kesempatan di atas kebaikan anak tempatan sehingga menyusahkan orang yang member mereka tapak. Belajarlah untuk merasa cukup kerana anak tempatan Sabah masih ramai yang tidak memiliki tanah!
Sungguh amat menyedihkan dan mengecewakan. Akibat tindakan mereka cita-cita kerajaan untuk menjadikan kampong/luarbandar sebahagian daripada penjana ekonomi dan berdaya saing menjadi terbantut dan lambat.
Hasil Tulisan/Nukilan:
Keluhan,Keresahan dan Tekanan.
Ketua Kampung Brantian Baru dan AJK Kg.
Tawau.Sabah.
01.03.09 (12:15 pm) [
edit]
3
Comments
Sime Darby Plantation sumbang RM25 juta untuk pulihara habitat Orang Utan

5th December, 2008
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri dan Sime Darby Plantation Sdn Bhd kelmarin menandatangani perjanjian kerjasama untuk pemuliharaan dan perlindungan habitat Orang Hutan di Utara Ulu Segama di Lahad Datu.Melalui perjanjian itu, Sime Darby Plantation Sdn Bhd menyumbang RM25 juta untuk projek konsevasi terutamanya untuk pemuliharaan habitat orang hutan di utara Ulu Segama bagi tempoh 10 tahun.Sumbangan RM25 juta daripada Sime Darby Plantation Sdn Bhd itu, menjadikan syarikat perladangan terbesar negara itu se-bagai penyumbang terbesar untuk pemuliharaan terutamanya pemulihan habitat orang hutan di Utara Ulu Segama.Pada majlis menandatangani perjanjian yang disaksikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman, Kerajaan Negeri diwakili oleh Pengarah Jabatan Perhutanan Sabah, Datuk Sam Mannan manakala Sime Darby Plantation Sdn Bhd diwakili oleh Ketua Pegawai Kumpulan Sustainability, Puvan Jegeraj Selvanathan.
Semasa pelancaran Koridor Pembang-unan Sabah (SDC) pada 29 Januari tahun ini kedua belah pihak telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan objektif untuk mengenal pasti kawasan di Ulu Segama Malua untuk kerja pemulihan kerosakan hutan yang menjadi habitat penting orang hutan.
Kerjasama itu menyasarkan untuk menghijaukan semula kawasan hutan di Hutan Simpan Ulu Segama Lahad Datu yang dikenal pasti mengalami kerosakan teruk akibat kegiatan penerokaan hutan.
Sementara itu, bercakap kepada pemberita selepas menyaksikan majlis itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Ama berkata, usaha memulihara hutan dan perlindungan Orang Hutan serta spesis hidupan liar lain menunjukkan komitmen dan keseriusan kerajaan negeri dalam pemuliharaan hutan dan pelindungan hidupan liar di negeri ini terutamanya Orang Hutan.
Katanya, keputusan kerajaan untuk menghentikan aktiviti pembalakan di kawasan Ulu Segama menyebabkan kerajaan negeri telah kehilangan hasil dan royalti berjuta-juta ringgit, tetapi ianya merupakan komitmen kerajaan untuk memulihara hutan dan memelihara Orang Hutan dan spesies binatang lain di negeri ini
Sehubungan itu, beliau berharap lebih ramai lagi pihak lain yang datang untuk memberi sumbangan untuk membantu pemuliharaan hutan dan perlindungan hidupan liar seperti yang dilakukan oleh Sime Darby Plantation Sdn Bhd.
Musa berkata, usaha kerajaan negeri dalam memulihara hutan dan melindungi hidupan liar itu mendapat kerjasama daripada organisasi lain termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa, ini kerana usaha itu sangat penting bagi memastikan spesies hidupan liar di negeri ini tidak pupus.
Dalam pada itu, Sam Mannan berkata, dalam tempoh lebih lima tahun lalu kerajaan negeri telah meyumbang lebih RM200 juta untuk pemuliharaan hutan di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman.
“Kita sangat beruntung kerana mendapat sokongan politik di negeri ini di peringkat tinggi pihak berkuasa,” katanya.
Beliau berkata, program pemuliharaan dan pemeliharaan itu akan dilaksanakan di kawasan seluas 5,403 hektar daripada jumlah keseluruhan kawasan Ulu Segama-Malua iaitu 12,000 hektar. Kos untuk setiap hektar ialah kira-kira RM4,000.
Beliau percaya sumbangan RM25 juta daripada Sime Darby Plantition merupakan sumbangan terhadap tanggungjawab sosial korporat syarikat perladangan itu.
12.05.08 (4:36 am) [
edit]
5
Comments
PELAN PEMBANGUNAN KOMPREHENSIF KG BRANTIAN BARU

(PPKKBB ATAU P2K2B2 BLUEPRINT)
1.PENGENALAN
Tidak dapat dinafikan cabaran-cabaran di abad ini memerlukan penerokaan minda dan ilmu yang tanpa batas, tanpa had yang terus menerus. Tidak hairanlah munculnya kata-kata 'pembelajaran seumur hidup'. Peristiwa-peristiwa global yang meliputi ekonomi,politik, budaya dan kemasyarakatan dunia seperti berlaku di depan mata saja rasanya.
Dunia menjadi semakin kecil. 'Global warming' yang dulunya tidak pernah difikirkan, sekarang ini tidak lagi. Menafikannya bermakna memusnahkan planet bumi -'blue planet'itu sendiri. Dalam Al-Quran ada disebutkan yang tangan-tangan manusia itu sendiri yang akan melakukan kerosakan di atas muka bumi ini. Firman Allah membuktikan kebenarannya.

Al Gore dalam ‘ Inconveniet Truth’ dengan baik, jelas dan berani membongkar ‘kebenaran’ dan ‘hakikat’global warming. Negara-negara maju telah menyedari betapa seriousnya permasalahan ini. Langkah-langkah permulaan ke arah mengatasinya kalau tidak pun mengurangkan kadar kemusnahan bumi telah dibuat. Kesan daripada global warming memberikan tekanan hebat kepada survival bumi. Kesan langsung kepada cuaca dunia, pencairan ais di Antartica dan kemusnahan sumber makanan kepada manusia dan rantaian hidupan di bumi. Campur tangan kerajaan G8 amat dialu-alukan untuk mungkin menjadi apa yang dipanggil weathermaker.
Disebalik apa yang berlaku ini, Negara dunia ketiga samaada yang baru membangun seperti Malaysia, Thailand, Singapura dan lain-lain ataupun yang masih jauh mundur seperti Benua Afrika, Timur Tengah yang dalam kancah peperangan yang tidak berpenghujung dan politik yang tidak stabil memberikan impak pula kepada krisis tenaga dunia. Negara-negara miskin di Amerika Selatan tidak dapat lari semuanya kepada realiti cabaran-cabaran di abad ini yang sebenarnya semakin hebat . Semakin mencabar diluar pemikiran. Kesan dan impak kepada cabaran-cabaran di atas menjadikan kita seolah-olah lemas dalam mencari hidup yang berkualiti , progressive dan bermakna.
Apa lagi bila itu semua dilihat dari sudut perspective masyarakat luarbandar tidak kira di mana mereka berada. Bagaimanakah minda dan physicnya. Perkataan yang terfikirkan cuma bagaimanakah survival kami pula sedangkan dunia tidak memandang kami. Penyelesaiannya pasti memerlukan satu formula yang sangat kreatif dan unortodox.
Apa yang cuba saya ceritakan di atas adalah realiti hidup di abad ini.Kami yang berada di luarbandar di Kg. Brantian Baru perlu bangkit dari tidur yang panjang.Kami tidaklah mengharapkan untuk memenangi nobel prize untuk mendapatkan jawapan kepada semua masalah dunia. Bagaimana menyelesaikan dan membuat semua manusia sejagat gembira dan bumi akhirnya selamat dari kemusnahannya.
Kami adalah manusia luar bandar, orang kampung yang cuba mencari jawapan kepada satu persoalan penting dalam hidup iaitu bagaimanakah kami akan survive di tengah-tengah sistem ekonomi yang bergantung pada currency dan sistem hutang yang serba canggih di tengah-tengah inflasi dan CPI yang meningkat hasil daripada kenaikan minyak.

Oleh itu masalah-masalah dunia seperti global warming, energy crisis, peperangan, e-business, global economy, e-knowledge tidak dapat kami fahami sepenuhnya apa lagi untuk memberi tangan bantuan kerana kami masih sibuk untuk mengurus ekonomi diri bagaimana untuk memenuhi hidup yang serba kekurangan ini tanpa bekalan elektrik, air dan jalan yang baik untuk membawa hasil tanaman.

Ini belum lagi masuk bab membicarakan kos hidup dan maintenancenya yang sangat tinggi. Bagaimanakah kami, anak-anak kami dan generasi-generasinya yang akan datang menghadapi semua cabaran. Persoalan-persoalan ini tentunya memerlukan jawapan sungguhpun realitinya amat menakutkan. Masa depan yang penuh enigma.

2. ROAD MAP
Siapakah yang akan memberikan jawapan kalau bukannya Kerajaan Barisan Nasional kita yang telah kita berikan tanggungjawap dan kepercayaan untuk memberikan rakyatnya dalam kontek Sabah rakyat pribuminya ‘kebebasan’ dan perlindungan dan memberikan hak-hak untuk menikmati hidup yang berkualiti. Dalam kesimpulannya, apa yang kita minta daripada pemimpin-pemimpin kita yang tercinta PM Pak Lah dan YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman.
Adalah 2 perkara utama:
1.Kebebasan dan perlindungan hak anak tempatan Sabah daripada suku-suku kecil lain selama ini mendiamkan diri yang datuk nenek mereka juga telah banyak membantu membangunkan negeri Sabah semenjak Sabah belum mencapai kemerdekaan lagi dan Sabah masih dipanggil Borneo ketika itu.Dengan hasil titik peluh merekalah North Borneo of Sabah dapat dimakmurkan menjadi seperti yang ada sekarang. Suku-suku kecil ini seperti dilupakan terdiri daripada Cocos,Brunai,Jawa,Tidung, dan suku-suku kecil yang lain dalam rumpun melayu datang atas jemputan kerajaan British untuk membantu membangunkan NBS ketika itu.
2.Hak untuk menikmati hidup berkualiti seperti hak tanah untuk pembangunan ekonomi agar suku kaum ini berupaya menghadapi masa depan yang penuh mencabar.Objektif kerajaan untuk mencapai kemakmuran Negara untuk dinikmati oleh rakyatnya dengan saksama akan tercapai bilamana kepentingan semua kaum dan golongan minoritinya yang selama ini diam dapat dilihat dalam erti kata sebenar dan hakiki. Bagaimana permintaan rakan-rakan kami yang lain daripada kaum Cina dan Kadazan/Dusun/Murut begitu jugalah besarnya cita-cita kami untuk menikmati kemajuan ekonomi Sabah sebagai anak tempatan Sabah yang juga punya hak untuk maju dan berdaya saing.
2.1 PELAN PEMBANGUNAN KOMPREHENSIF KG BRANTIAN BARU
Atas cita-cita yang disebutkan di atas, kami masyarakat luarbandar khususnya di Kg. Brantian Baru yang masyarakatnya lebih terbuka kepada semua kaum termasuk Kadazan/Dusun dan beberapa kaum Cina( untuk melambangkan masyarakat integrasi semua kaum yang harmoni) telah mengambil langkah-langkah proaktif dan inisiatif untuk menghasilkan satu blueprint pelan pembangunan yang dipanggil PPKKBB atau P2K2B2 (PELAN PEMBANGUNAN KOMPREHENSIF KAMPUNG BRANTIAN BARU).
P2K2B2 merangkumi 4 pembangunan asas penting:
1.Pembangunan kampung asal
2.Perluasan kampung berpusat di kawasan baru
3.Tanah untuk pembangunan ekonomi pekebun-pekebun kecil
4.Tanah untuk pembangunan koperasi(PPKKBB)
Atas dasar membangunkan ekonomi rakyat yang dibentangkan di atas selaras dengan objectif kerajaan negeri Sabah dalam program pembangunan masyarakat luarbandarnya atau people centric programme untuk menjadikan kawasan luarbandar juga adalah kawasan yang aman untuk didiami dan ada sumber ekonominya, kami mohon kawasan seluas()hektar sahaja untuk tujuan pembangunan.Lokas kawasan adalah sisa-sisa tanah bersebelahan dengan().
2.2 PERINCIAN P2K2B2
Perincian P2K2B2 adalah seperi berikut:-
( bahagian ini tidak mendapat kebenaran penulis untuk disiarkan)
3. KESIMPULAN
Cita-cita rakyat hanya akan berjaya sepenuhnya apabila kerajaan yang memerintah memberikan sokongan padu untuk mencapai matlamatnya apapun matlamatnya. Begitu jugalah kami di Kg Brantian Baru yang menjadikan pembangunan ekonomi rakyat sebagai matlamat utama kami. Road mapnya telah diperincikan seperti di atas. Oleh yang demikian kejayaan merealisasikan PPKKBB adalah bergantung pada kedua-dua pihak ; pihak kerajaan dan pihak rakyat luarbandar Kg. Brantian Baru. Sejauh mana pengorbanan, kesatuan, daya tahan dan gerak kerja bersepadu yang efektif dalam rangka memajukan kawasan luar bandar, diri dan keluarga. Akhirnya ke arah mencapai kemakmuran ekonomi negeri Sabah agar buah ekonominya dapat dinikmati dengan saksama dan lebil adil. Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada pemimpin-pemimpin Negara, negeri dan masyarakat terutama kepada Ketua Menteri kita YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman, YB Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Hj. Saleh, YB Datuk Hamisah Samad dan YB Tn Hj. Muis Picho.

Nukilan : En.Ahdie Dodds
Ketua Kampung/Merangkap Pengerusi JKKK
Kg.Brantian Baru.
Tawau.Sabah.
08.07.08 (9:37 am) [
edit]
1
Comments
Mesyuarat AJK Kg.Brantian Baru


Mesyuarat AJK Kg.Brantian Baru
Tarikh : 27.07.2008
Hari : Ahad
Masa : 2.00 PM
Tempat : Restoran Sri Pantai.
07.31.08 (10:37 am) [
edit]
0
Comments
Komen: Puadede : Kg. Brantian Baru ada web sendiri.

Siapa kata orang kampung yang duduk di ulu-ulu tidak maju? Siapa lagi yang berani mahu mengatakan orang Sabah masih duduk di atas pokok dan orang Tawau ini kurang maju mindanya. Kalau berani, aku ingin mengajak anda ke sebuah laman web sebuah kampung yang nun jauh terpelosok di bahagian Kalabakan, tetapi jauh lebih maju pemikiran mereka berbanding orang bandar.
Kampung Brintian Baru dalam laman webnya KGBRINTIAN dapat aku katakan maju pemikiran mereka kerana tindakan Ketua Kampungnya, Ahdie Bin Dodds, yang positif dalam menampilkan imej kampung dan agenda permasalahannya di laman web. Seperti yang kita ketahui, internet adalah medan komunikasi yang tiada batasan lokasi, masa mahupun jantina dan pemimpin kampung menggunakannya untuk mengatasi masalah penyebaran maklumat untuk penduduk kampungnya.
Meskipun laman web ini dibina di hosting blog free namun sikap profesional pengendali laman web ini terserlah dengan penyampaian mesej yang berkesan.Mungkin jika diberi kesempatan, Tawau Bloggers dapat bekerjasama dalam memantapkan lagi laman web kampung tersebut, Insyaallah.
07.22.08 (12:50 pm) [
edit]
3
Comments
Industri Sawit Menguntungkan,kata Datuk Seri Panglima Musa Aman.
Oleh : (Media Pantai Timur)
TAWAU : Dianggarkan melebihi 80 peratus tenaga kerja asing terlibat dalam industri kelapa sawit di negeri ini dan usaha untuk menarik minat penduduk tempatan haruslah lebih proaktif.
Menurut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, kerajaan memandang serius tentang perkara tersebut dan menyeru agar para pengeluar dan pengusaha berkenaan mengambil langkah-langkah lebih bijak bagi mengelak persepsi negatif segelintir masyarakat dengan menekankan bahawa perladangan kelapa sawit adalah sektor yang berdaya maju dan menguntungkan.
Disamping itu, para pengeluar dan pengusaha juga perlu mengaplikasi teknologi terkini termasuk bioteknologi, mempergiatkan usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi meningkatkan hasil tuaian.
Tambahnya, hasil pengeluaran minyak kelapa sawit telah mencapai purata pengeluaran 4.9 tan minyak sehektar pada tahun 2007 dan telah memberi pulangan yang berlipatganda untuk negeri Sabah.
“Lebih kurang 4.13 juta hektar jumlah keluasan tanaman komoditi ini di seluruh negara, 30 peratus daripada keluasannya disumbangkan oleh negeri Sabah sekaligus meletakkan negeri Sabah pengeluar kelapa sawit terbesar di Malaysia ketika ini”, katanya lagi.
Dengan terbinanya Palm Oil Industrial Cluster (POIC) di Lahad Datu, membuktikan komitmen tinggi kerajaan dan sektor swasta membuat transfornasi bagi menjadikan industri kelapa sawit lebih dinamik dan menjana perkembangan sektor ini sebagai jentera pertumbuhan ekonomi yang penting.
Dalam hal ini, usaha dan langkah bagi meningkatkan daya saing sektor ini hendaklah dilaksanakan pada keseluruhan rantaian nilai atau industri yang meliputi peringkat aktiviti huluan dan juga hiliran, termasuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan, mengurangkan kos pengeluaran, menghasilkan produk baru berasaskan komoditi yang inovatif dan berorientasikan pasaran.
Justeru itu, inisiatif Sabah Softwoods Berhad (SSB) menarik minat penduduk tempatan untuk bekerja di ladang-ladang kelapa sawit dan perkayuan melalui usaha sama dengan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) disambut baik.
Manakala pembinaan perumahan untuk pekerja yang selesa dengan dilengkapi keperluan asas seperti air dan elektrik serta persekitaran yang kondusif akan memotivasikan pekerja menjadi lebih gigih dalam meningkatkan kualiti dan produktiviti syarikat.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Hj. Aman berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah bagi Kilang Kelapa Sawit Kapilit, SSB kelmarin.
Majlis yang penuh meriah dengan dihadiri lebih kurang 3000 orang telah meperlihatkan masyarakat tempatan berminat untuk bekerja serta menjadi sebahagian komoditi SSB.
Turut hadir di majlis tersebut, Pengerusi Lembaga Pengarah SSB, Datuk Wilfred M.Bumburing, Ahli-ahli Lembaga Pengarah SSB, Menteri-menteri Sabah, ADUN bahagian Kalabakan dan Tawau, Pembantu-pembantu Menteri dan para pekerja SSB dan masyarakat setempat.
07.09.08 (12:12 pm) [
edit]
0
Comments
MESYUARAT KG.BRANTIAN BARU TAWAU.
PERKARA : Mesyuarat Kg.Brantian Baru
Tarikh : 22.06.2008
Hari : AHAD
Masa : 2.00 PM
Tempat : Kedai Brantian.
Agenda Mesyuarat
01. Ucapan En.Ahdie Dodds Ketua Kg.Brantian Baru.
02. Pelan Pembangunan Kg.Brantian Baru
Perluasan Kg.Brantian Baru.
03. Permohonan Subsisi Para Pekebun Kecil.
Merujuk Bibit Pokok Sawit untuk 5 ekar setiap seorang dan lain-lain.
04. Kad Nama/AJK Tertinggi Kg.
05. Laman Web Kg.
06. Hal-hal lain.
Sebelum diadakan Mesyuarat ini Program bergotong royong bersama para penduduk Kg Brantian Baru sekitar jam 9:00 pagi bagi menaikkan dan memasang signboard "Selamat Datang Ke Kg.Brantian Baru" bersama-sama AJK Kg.Brantian Baru.




MESYUARAT BERMULA JAM 2 PETANG.



Mesyuarat Ditangguhkan sekitar jam 3:30 Petang.
Semoga Kg.Brantian Baru dapat sama-sama membangun kearah menjana ekonomi yang mampan dan seiring dengan dasar kerajaan serta bersedia menghadapi cabaran globalisasi yang mendatang.Sekian.
06.23.08 (1:34 pm) [
edit]
1
Comments
Ekonomi Luar Bandar Adil dan Saksama

Untuk tujuan memakmurkan dan mengujudkan pembangunan ekonomi di luar bandar dengan lebih saksama dan lebih adil, walaupun bukan dalam erti kata adil yang mutlak, agar pembangunan negara dapat dinikmati bersama oleh semua kaum dan lapisan masyarakat hasil dari sumber negara kita yang kaya ini, keta perlu menghayati aspirasi bekas Perdana Menteri kita Tun Dr Mahathir dengan pendekatan "prosper thy neighbor". Didalam konteks yang sama ingin juga saya mengambil cita-cita PM kita yang disimpulkannya seperti berikut:-“ In ensuring that the fruits of economic growth could be enjoyed by all levels of society, the private sector should play a role in making the national socio-economic agenda a success, besides strengthening its own social corporate responsibility. This will lessen their burden from the rising cost of living due to inflation as a result of increased prices of fuel and food in the world market.”
Sesekali kita perlu juga membuka kembali jendela-jendela sejarah negara kita agar kita tahu mengapa dan bagaimana tercetusnya peristiwa hitam 13 mei di negara kita yang tercinta ini. Tentunya kita perlu mengimbas dan mengambil iktibar. Belajar dari kegagalan-kegagalan lampau agar generasi terkemudian tidak lagi perlu menempuhi peristiwa hitam berdarah berlaku kembali.
Kita perlu berfikir seketika untuk mencari titik tolak sebenar. Saya yakin yang pemimpin-pemimpin negara kita adalah terdiri dari mereka-mereka yang penuh prihatin dan berpandangan jauh. Peka kepada pembangunan yang 'menyeluruh' dan berpusat untuk mencapai tujuannya. Tidak kiralah samada pembangunan itu di bandar atau pun di luar bandar tujuannya adalah sama iaitu 'memakmurkan rakyat'kerana rakyat akhirnya adalah penentu masa depan dalam menentukan jatuh bangunnya satu-satu negara.
Ahdie Dodds
Merangkap Pengerusi JKKK Kg. Brantian Baru
06.18.08 (11:02 am) [
edit]
0
Comments
Masalah Jalan Utama Menjejaskan Pembangunan Ekonomi Pekebun Kecil Kg.Brantian Baru

KG.BRANTIAN BARU
Di atas ketidak puasan hati para pekebun kecil satu mesyuarat daripada Pengerusi JCC Group Brantian Region telah diadakan pada 06.06.2008 hari Jumaat.

Masalah utama pekebun-pekebun kecil di Brantian Baru adalah berkaitan bayaran menggunakan jalan utama yang dikenakan ke atas pekebun-pekebun kecil sebanyak RM 500 setahun ataupun RM 30 kepada setiap lori berkapasiti 3 tan dan RM 20 bagi kenderaan pacuan empat roda bagi setiap trip bermuatan yang menggunakan jalan tersebut.
Oleh yang demikian ketidak puas hati dan bantahan bayaran tol yang membebankan dikenakan ke atas penduduk telah menjejaskan sumber pendapatan dan menikmati kemajuan negeri.
Jika dibuat perbandingan dengan pekebun-pekebun kecil bumiputra kg.Brantian Baru yang hanya mempunyai keluasan tanah sekangkang kera saja berbanding dengan syarikat-syarikat ladang besar yang mempunyai puluhan ribu ekar,adakah patut penggunaan jalan utama itu disamakan dengan pekebun kecil?
Yang jelas keseluruhan pekebun-pekebun kecil tidak akan berganjak daripada keputusan untuk tidak terlibat tentang pembayaran tersebut.
Ketua Kampung Brantian Baru merangkap Pengerusi JKKK telah mengambil ketetapan bersama AJK dan penduduk-penduduk Kg.Brantian Baru adalah seperti berikut:
01. Mengajukan permasalah ini kepada wakil rakyat YB Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Hj.Saleh
Ahli Parlimen P191 Kalabakan.
02. Pekebun-pekebun kecil wajib dikecualikan daripada pembayaran tersebut.Atas alasan,tidak kerap menggunakan jalan tersebut dan kerosakan jalan sebenarnya berpunca daripada kenderaan jentera berat milik mereka serta kekerapan mereka menggunakanya.
03. Mereka sepatutnya menghormati penduduk pribumi bukan sekadar mengambil keuntungan semata-mata dari negeri ini tetapi mempunyai rasa tanggungjawab untuk memulangkan sedikit kepada negeri ini dalam bentuk jalan-jalan kampung dan sekaligus membantu memajukan bersama pekebun-pekebun kecil dan luar bandar.
04. Syarikat berkenaan mempunyai kos tetap tahunan untuk membaikpulih jalan kerana kenderaan berat mereka merupakan punca utama jalan tersebut rosak.
05. Penduduk kampung telah mengusahakan tanah mereka puluhan tahun dan ada yang baru mengorak langkah mengejar pembangunan di tanah sendiri,kenapa tol dikenakan di kampung sendiri.
06. Syarikat ladang berkenaan bebas mengenakan tol sedangkan laluan keluar kenderaan mereka ke kilang tiadapun tol dikenakan ke atas mereka.Ini adalah tindakan zalim!
07. Jika perkara ini berlarutan Penduduk Kampung Brantian Baru memohon untuk mendapatkan tanah reserve jalan kerajaan dan membenarkan AJK dan Penduduk-penduduk kampung Brantian Baru memungut tol dari syarikat ladang berkenaan bagi menguruskan maintenance kos jalan.
Kos pembaikan jalan utama yang dilibatkan kepada pekebun kecil?Di mana dan mudahnya ladang gergasi menghisap darah pekebun kecil?

Ketua Kampung En.Ahdie Dodds merangkap Pengerusi JKKK dan AJK serta pekebun-pekebun kecil Kg.Brantian Baru telah menghadiri mesyuarat berkenaan.
KAMI MAHU PEMBELAAN DAN KAMI ANAK PRIBUMI SABAH.
06.07.08 (12:53 pm) [
edit]
4
Comments