PELAN PEMBANGUNAN KOMPREHENSIF KG BRANTIAN BARU

 

(PPKKBB ATAU P2K2B2 BLUEPRINT)
1.PENGENALAN
Tidak dapat dinafikan cabaran-cabaran di abad ini memerlukan penerokaan minda dan ilmu yang tanpa batas, tanpa had yang terus menerus. Tidak hairanlah munculnya kata-kata 'pembelajaran seumur hidup'. Peristiwa-peristiwa global yang meliputi ekonomi,politik, budaya dan kemasyarakatan dunia seperti berlaku di depan mata saja rasanya.

Dunia menjadi semakin kecil. 'Global warming' yang dulunya tidak pernah difikirkan, sekarang ini tidak lagi. Menafikannya bermakna memusnahkan planet bumi -'blue planet'itu sendiri. Dalam Al-Quran ada disebutkan yang tangan-tangan manusia itu sendiri yang akan melakukan kerosakan di atas muka bumi ini. Firman Allah membuktikan kebenarannya.

 

 

Al Gore dalam ‘ Inconveniet Truth’ dengan baik, jelas dan berani membongkar ‘kebenaran’ dan ‘hakikat’global warming. Negara-negara maju telah menyedari betapa seriousnya permasalahan ini. Langkah-langkah permulaan ke arah mengatasinya kalau tidak pun mengurangkan kadar kemusnahan bumi telah dibuat. Kesan daripada global warming memberikan tekanan hebat kepada survival bumi. Kesan langsung kepada cuaca dunia, pencairan ais di Antartica dan kemusnahan sumber makanan kepada manusia dan rantaian hidupan di bumi. Campur tangan kerajaan G8 amat dialu-alukan untuk mungkin menjadi apa yang dipanggil weathermaker.
Disebalik apa yang berlaku ini, Negara dunia ketiga samaada yang baru membangun seperti Malaysia, Thailand, Singapura dan lain-lain ataupun yang masih jauh mundur seperti Benua Afrika, Timur Tengah yang dalam kancah peperangan yang tidak berpenghujung dan politik yang tidak stabil memberikan impak pula kepada krisis tenaga dunia. Negara-negara miskin di Amerika Selatan tidak dapat lari semuanya kepada realiti cabaran-cabaran di abad ini yang sebenarnya semakin hebat . Semakin mencabar diluar pemikiran. Kesan dan impak kepada cabaran-cabaran di atas menjadikan kita seolah-olah lemas  dalam mencari hidup yang berkualiti , progressive dan bermakna.
 Apa lagi bila itu semua dilihat dari sudut perspective masyarakat luarbandar tidak kira di mana mereka berada. Bagaimanakah minda dan physicnya. Perkataan yang terfikirkan cuma bagaimanakah survival kami pula sedangkan dunia tidak memandang kami. Penyelesaiannya pasti memerlukan satu formula yang sangat kreatif dan unortodox.
Apa yang cuba saya ceritakan di atas adalah realiti hidup di abad ini.Kami yang berada di luarbandar di Kg. Brantian Baru  perlu bangkit dari tidur yang panjang.Kami tidaklah mengharapkan untuk memenangi nobel prize untuk mendapatkan jawapan kepada semua masalah dunia. Bagaimana menyelesaikan dan membuat semua manusia sejagat gembira dan bumi akhirnya selamat dari kemusnahannya.

Kami adalah manusia luar bandar, orang kampung yang cuba mencari jawapan kepada satu persoalan penting dalam hidup iaitu bagaimanakah kami akan survive di tengah-tengah sistem ekonomi yang bergantung pada currency dan sistem hutang yang serba canggih di tengah-tengah inflasi dan CPI yang meningkat hasil daripada kenaikan minyak.

Oleh itu masalah-masalah dunia seperti global warming, energy crisis, peperangan, e-business, global economy, e-knowledge tidak dapat kami fahami sepenuhnya apa lagi untuk memberi tangan bantuan kerana kami masih sibuk untuk mengurus ekonomi diri bagaimana untuk memenuhi hidup yang serba kekurangan ini tanpa bekalan elektrik, air dan jalan yang baik untuk membawa hasil tanaman.

  

Ini belum lagi masuk bab membicarakan kos hidup dan maintenancenya yang sangat tinggi. Bagaimanakah kami, anak-anak kami dan generasi-generasinya yang akan datang menghadapi semua cabaran. Persoalan-persoalan ini tentunya memerlukan jawapan sungguhpun realitinya amat menakutkan. Masa depan yang penuh enigma.

  

2. ROAD MAP
Siapakah yang akan memberikan jawapan kalau bukannya Kerajaan Barisan Nasional kita yang telah kita berikan tanggungjawap dan kepercayaan untuk memberikan rakyatnya dalam kontek Sabah rakyat pribuminya ‘kebebasan’ dan perlindungan dan memberikan hak-hak untuk menikmati hidup yang berkualiti. Dalam kesimpulannya, apa yang kita minta daripada pemimpin-pemimpin kita yang tercinta PM Pak Lah dan YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman.

Adalah 2 perkara utama:
1.Kebebasan dan perlindungan hak anak tempatan Sabah daripada suku-suku kecil lain selama ini mendiamkan diri yang datuk nenek mereka juga telah banyak membantu membangunkan negeri Sabah semenjak Sabah belum mencapai kemerdekaan lagi dan Sabah masih dipanggil Borneo ketika itu.Dengan hasil titik peluh merekalah North Borneo of Sabah dapat dimakmurkan menjadi seperti yang ada sekarang. Suku-suku kecil ini seperti dilupakan terdiri daripada Cocos,Brunai,Jawa,Tidung, dan suku-suku kecil yang lain dalam rumpun melayu datang atas jemputan kerajaan British untuk membantu membangunkan NBS ketika itu.

2.Hak untuk menikmati hidup berkualiti seperti hak tanah untuk pembangunan ekonomi agar suku kaum ini berupaya menghadapi masa depan yang penuh mencabar.Objektif kerajaan untuk mencapai kemakmuran Negara untuk dinikmati oleh rakyatnya dengan saksama akan tercapai bilamana kepentingan semua kaum dan golongan minoritinya yang selama ini diam dapat dilihat dalam erti kata sebenar dan hakiki. Bagaimana permintaan rakan-rakan kami yang lain daripada kaum Cina dan Kadazan/Dusun/Murut begitu jugalah besarnya cita-cita kami untuk menikmati kemajuan ekonomi Sabah sebagai anak tempatan Sabah yang juga punya hak untuk maju dan berdaya saing.
2.1 PELAN PEMBANGUNAN KOMPREHENSIF KG BRANTIAN BARU
Atas cita-cita yang disebutkan di atas, kami masyarakat luarbandar khususnya di Kg. Brantian Baru yang masyarakatnya lebih terbuka kepada semua kaum termasuk Kadazan/Dusun dan beberapa kaum Cina( untuk melambangkan masyarakat integrasi semua kaum yang harmoni) telah mengambil langkah-langkah proaktif dan inisiatif untuk menghasilkan satu blueprint pelan pembangunan yang dipanggil PPKKBB atau P2K2B2 (PELAN PEMBANGUNAN KOMPREHENSIF KAMPUNG BRANTIAN BARU).
P2K2B2 merangkumi 4 pembangunan asas penting:
1.Pembangunan kampung asal
2.Perluasan kampung berpusat di kawasan baru
3.Tanah untuk pembangunan ekonomi pekebun-pekebun kecil
4.Tanah untuk pembangunan koperasi(PPKKBB)

Atas dasar membangunkan ekonomi rakyat yang dibentangkan di atas selaras dengan objectif kerajaan negeri Sabah dalam program pembangunan masyarakat luarbandarnya atau people centric programme untuk menjadikan kawasan luarbandar juga adalah kawasan yang aman untuk didiami dan ada sumber ekonominya, kami mohon kawasan seluas()hektar sahaja untuk tujuan pembangunan.Lokas kawasan adalah sisa-sisa tanah bersebelahan dengan().
2.2 PERINCIAN P2K2B2
Perincian P2K2B2 adalah seperi berikut:-
( bahagian ini tidak mendapat kebenaran penulis untuk disiarkan)
3. KESIMPULAN
Cita-cita rakyat hanya akan berjaya sepenuhnya apabila kerajaan yang memerintah memberikan sokongan padu untuk mencapai matlamatnya apapun matlamatnya. Begitu jugalah kami di Kg Brantian Baru yang menjadikan pembangunan ekonomi rakyat sebagai matlamat utama kami. Road mapnya telah diperincikan seperti di atas. Oleh yang demikian kejayaan merealisasikan PPKKBB adalah bergantung pada kedua-dua pihak ; pihak kerajaan dan pihak rakyat luarbandar Kg. Brantian Baru. Sejauh mana pengorbanan, kesatuan, daya tahan dan gerak kerja bersepadu yang efektif dalam rangka memajukan kawasan luar bandar, diri dan keluarga. Akhirnya ke arah mencapai kemakmuran ekonomi negeri Sabah agar buah ekonominya dapat dinikmati dengan saksama dan lebil adil. Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada pemimpin-pemimpin Negara, negeri dan masyarakat terutama kepada Ketua Menteri kita YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman, YB Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Hj. Saleh, YB Datuk Hamisah Samad dan YB Tn Hj. Muis Picho.

Perdana Menteri Malaysia Ketua Menteri Sabah Ahli Parlimen Kalabakan Tawau.

 

Nukilan : En.Ahdie Dodds

Ketua Kampung/Merangkap Pengerusi JKKK

Kg.Brantian Baru.

Tawau.Sabah.

 

 

 

 

 

 



posted by: http://www.ustazsaid.blogspot.com (reply)
post date: 10.14.08 (10:57 pm)

tahniah smoga kg kalian trus selamat aman makmur.

Your Name:


Your Comment: