Program Selingkar Kasih Di Kg.Brantian Tawau.

YB Datuk Hamisah Datuk Seri Panglima Abd.Ghapur sedang memberikan ucapan.

Bertempat di SK.Brantian Tawau telah berlangsung Program Selingkar Kasih anjuran MPWK Kalabakan bersama Pemimpin Kemajuan Masyarakat N.59 Tanjung Batu Tawau baru-baru ini.Turut hadir ke majlis berkenaan ialah YB Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Hj.Salleh merangkap Ahli Parlimen Kalabakan,YB Muis B.Pico Ahli Dewan Undangan Negeri Merotai,YB Datuk Hamisah Samad Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Batu.Tawau.

Datuk Seri Panglima Abd.Ghapur Hj.Salleh

Dalam ucapan YB Datuk Seri Ghapur Hj.Salleh,beliau menekankan betapa pentingnya kerjasama dan perpaduan di kalangan masyarakat khasnya penduduk-pendudk Kg.Brantian.Beliau juga menyatakan beberapa sumbangan bibit sawit akan diberikan kepada penduduk yang memiliki geran tanah untuk dibangunkan pertanian penanaman sawit.

YB Muis Pico

Di antara pengisian...



posted by: Ketua Kg. Brantian Baru (reply)
post date: 05.28.08 (5:22 am)

syabas!



posted by: Ketua Kg. Brantian Baru (reply)
post date: 05.29.08 (5:11 am)

Syabas! Kepada semua rakan-rakan yang telah bertungkus lumus menjadikan Kg. Brantian Baru satu realiti. Tahniah saya ucapkan kepada saudara kita Cikgu Suhaidi Hj. Adinin yang telah berjaya menjadikan website kampung Brantian Baru life on line pada 28.05.08.

Hari ini adalah hari yang penuh bersejarah bagi Kg. Brantian Baru yang telah mengangkat kedudukan kampung yang walaupun berada di luarbandar tetapi telah berjaya menggunakan kemajuan ICT sebagai wadah pembangunan pemikiran untuk melengkapkan erti pembangunan ekonomi dan kualiti hidup khususnya di kawasan luar bandar. Saya percaya website kampung seumpama ini mungkin yang pertama di Sabah kalau tidak pun dikalangan yang terawal. Inisiatif ini bermakna kita juga tidak mahu ketinggalan dari arus Pembangunan Perdana Kerajaan di bawah rancangan Malaysia Kesembilan - RMK9 - dimana pun kita berada.

Kita perlu menjadi masyarakat luarbandar proaktif dengan program-program kerajaan yang telah dirancang. Tentunya kerajaan ingin melihat rancangan-rancangan RMK9 ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Dengan membantu kerajaan menjayakan objektifnya bermakna kita sebagai masyarakat luarbandar berjaya memajukan diri dan keluarga. Berjaya menjadikan kawasan luarbandar menjadi tempat yang selamat dan selesa untuk didiami. Berjaya mengubah pemikiran dengan mengganggap setiap cabaran yang kita hadapi adalah juga peluang bagi kita yang tinggal di luarbandar.

Kita mesti bercita-cita untuk menjadi masyarakat perdagangan yang berdaya saing dan berdaya maju walaupun kita tinggal dan mencari nafkah di luarbandar. Bangga berbudi kepada tanah. Saya percaya kini scenario pemikiran dari segi ekonomi, trend pemakanan dan politik kita telah banyak berubah. Sektor pertanian telah menjadi satu perniagaan dan bukan lagi sekadar barangan komoditi yang mudah didapati.

Hari ini saya selaku Ketua Kampung Brantian Baru merangkap Pengerusi JKKK Kg. Brantian Baru mengalu-alukan pandangan-pandangan yang membina dan posiif dari semua pihak demi kemajuan dan pembangunan kampung kami yang tercinta. Semoga idea-idea anda dapat kami gunakan kelak dalam road map Plan Pembangunan Brantian di bawah mainsream SDC.

Terima kasih kepada pemimpin-pemimpin kita yang senantiasa prihatin dalam memastikan kampung kita berwawasan dan berdaya maju; terima kasih kepada YB Datuk Seri Panglima Ghapur Hj Saleh merangkap ahli Parlimen Kalabakan dan YB Datuk Hamisah Samad – Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Batu, Tawau - N59

‘ Pertanian Adalah Satu Perniagaan ‘

Ahdie Bin Dodds
Merangkap Pengerusi JKKK Kg. Brantian Baru






posted by: remaja kampung (reply)
post date: 06.04.08 (10:28 am)

Reply to: kgbrantianbaru
saya selaku anak jati kampung ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang terbabit di atas usaha memajukan kampung dari segi pembangunan dan infrastrukturnya di mana kita sudah tahu bahawa sekian lama penduduk merasa penderitaan dan kesusahan yang di alami sejak zaman nenek moyang sya lagi.



posted by: Maya (Puadede.Com) (reply)
post date: 07.17.08 (12:02 am)

Assalamualaikum...

Tahniah kerana anda antara pemimpin yang berpandangan jauh dan tentunya lebih banyak lagi maklumat yang akan dikongsi di web blog ini. Sekiranya tidak keberatan, kami dari bloggers Tawau ingin bersuai kenal dan mendekati aktiviti kampung tuan untuk hebahan lebih luas.



posted by: Wally Payne (reply)
post date: 01.08.09 (7:03 pm)

hi
gtmvq6x7w7og1xh6
good luck



posted by: Owen Cortez (reply)
post date: 01.10.09 (7:53 am)

hi
gtmvq6x7w7og1xh6
good luck



posted by: jay (reply)
post date: 03.17.09 (10:53 am)

saya berbangga kerana dapat melihat kemajuan kg.brntian



posted by: jj (reply)
post date: 03.18.09 (9:51 am)

apa yg saya lihat pnduduk tmpatan kg,brantian telah di ancam org asing.sy amt brsmpati.selama peyelidikan sy penduduk kg,brantian bukan la..semuanya brgantung kepada kebun2 kecil mereka.tetapi 80% brgtung kp kautan nelayan mereka.sekarang apa kah tindakan kerajaan dg masahala parah penduduk kg.brantian.TOLONG LA MEREKA APA TUNGGUH LAGI.sy seorang anak bumi putra xnk melihat saudarah luar bandar tenggelam macam tu je.. sekian yg ikhlas.



posted by: Putaralam (reply)
post date: 03.21.09 (5:02 am)

Terima kasih pemimpin dari yg bawah hinggah yg atas. Terusla bejuang demi anak jati kg beriantian.. Koko ganti sawit cepat cepat tanam...



posted by: ust. nik (reply)
post date: 08.09.09 (8:57 pm)

Tahniah kg brantian. walaupun dah lama tinggalkan brantian, tapi kenangan bersama mu tetap kekal..
syabas...

Your Name:


Your Comment: