Ucapan Tahniah dan Syabas:Penubuhan Koperasi Pembangunan Ekonomi Brantian Baru Tawau Berhad.
CONGRATULATION


AHLI LEMBAGA PENGARAH
KOPERASI PEMBANGUNAN EKONOMI BRANTIAN BARU TAWAU.BERHAD.
(KOPEB)

Duduk: Sebelah Kanan, En.Dr.Ismail B.Idris (Ketua Pengerusi Biro)merangkap Biro Perhubungan Antarabangsa,En.Ahdie B.Dodds Pengerusi Eksekutif KOPEB.
Berdiri:SebelahKanan,En.Suaideh Hj.Ab.Hamid(Biro Insaniah),En.Azmih Junaidi(Biro Ekonomi),
En.Ishak Hj.Abd.Rahim(Bendahari),En.SuhaidiHj.Adinin(Setiausaha),En.Abd.Rahim Bin Ibrahim(Biro Korporat),En.Nicholas Bin Berman(Biro Kominikasi) dan Tuan Hj.Abu Bakar Bin Taha(Biro Pendidikan) VISI KOPERASI
Memperkukuhkan ekonomi ahli dan rakan niaganya ke arah mewujudkan masyarakat perdagangan yang berdaya saing dan seimbang untuk dapat menikmati kualiti hidup yang sejahtera dengan mengoptimakan sumber dan peluang perdagangan yang ada dengan lebih efektif dan terancang.
MISI KOPERASI
Meningkatkan sosio-ekonomi ahli dan rakan niaganya dengan menjalinkan kerjasama yang erat dalam menggembleng sumber-sumber dan peluang-peluang yang ada secara optima dan terurus bagi mempertingkatkan daya pengeluaran ,pendapatan dan kualiti hidup selaras dengan Wawasan 2020. OBJEKTIF KOPERASI
Memajukan ahli melalui anjakan Koperasi sebagai satu entiti perniagaan dengan mengambil peluang yang ada daripada kekayaan Negara dalam bidang agro industri sebagai tunggak ekonomi utama dan bidang perdagangan dan perkhidmatan yang berpotensi sebagai tunggak ekonomi kedua untuk merealisasikan visi dan melahirkan satu masyarakat perdagangan yang cemerlang dan berdaya saing.
Telah Mengadakan Mesyuarat Penubuhannya
Tarikh : 26/01/2009
Masa : 2.00 Petang
Tempat : Dewan Diraja Masjid Al-Khautsar
01.31.09 (11:15 am) [
edit]
1
Comments
SEKADAR KELUHAN:TERJEJAS SOSIO-EKONOMI PEKEBUN KECIL BRANTIAN BARU
Bila anak tempatan dipersoalkan kedudukannya oleh orang luar. Siapakah yang patut mempersoalkan siapa bila menyentuh hal-hal tanah yang di ceroboh dan di dapatkan dengan cara licik. Lucu tapi mimpi ngeri jika kerajaan tidak mengambil tindakan yang lebih tegas, berintegriti dan berwibawa. Adakah menanam di tanah yang diceroboh oleh orang luar memberikan mereka hak-hak dan lesen untuk memiliki tanah tersebut untuk selama-lamanya. Jika demikian halnya adakah perlu lagi jabatan tanah dan ukur atau agensi-agensi kerajaan yang sepatutnya membela masyarakat yang tidak berkemampuan.
Adakah lagi tanah yang tinggal untuk dipohon oleh anak tempatan yang tidak bertanah? Sedangkan orang luar membuat kampong di negeri kita sendiri. Bolehkah kita menjadi seperti mereka dengan menggunakan taktik yang sama untuk mendapatkan tanah di tempat mereka dari mana mereka datang. Kita terbuka pada pembangunan tetapi sampai tahap manakah keterbukaan itu?
Banyak masalah yang dibawa bersama oleh sesetengah syarikat-syarikat luar. Kedatangan mereka di sangka matahari berpanjangan rupa-rupanya membawa ribut dan kerosakan. Amat memalukan, Amat menyedihkan tabiat sesetengah syarikat-syarikat ini.
Contohnya seperti masalah jalan penghubung kampong yang sepatutnya mudah.,ia menjadi sukar dengan jalan dikorek semata-mata untuk menghalang aktiviti-aktivit ekonomi kampong dijalankan. Semua ini kerana mereka beranggapan menceroboh tanah di negeri ini menghalalkan tanah menjadi milik mereka sedangkan mereka siapa. Mereka adalah tetap orang luar. Sedangkan ramai lagi anak-anak tempatan yang tidak bertanah. Orang kampong mengambil semua langkah-langkah proaktif dan berusaha untuk memajukan ekonomi diri, kampong dan negeri selaras dengan cita-cita kerajaan untuk mengwujudkan satu masyarakat perdagangan luarbandar yang berjaya. Bukankah itu cita-cita kerajaan dalam RMK9 untuk masyarakat luar Bandar? Tetapi sesetengah syarikat luar itu tidak prihatin dan begitu jelek perbuatan mereka kerana menjadi batu penghalang kepada pembangunan ekonomi luarbandar sedangkan adanya mereka di situ untuk apa? Untuk menguntungkan kantong sendiri semata-mata dengan menindas dan menceroboh tanah. Tidak membenarkan pula anak tempatan untuk turut maju. Apakah kelebihan sekumpulan orang luar yang datang ke Sabah, membentuk syarikat kemudian memohon semua tanah yang ada dengan cara yang dipersoalkan sehingga kononnya semua tanah menjadi milik mereka dalam imaginasi mereka. Sebenarnya anak tempatan inilah yang lebih berhak ke atas tanah di Sabah ini Kalau begitu adalah lebih baik mereka mencari rezeki ke negeri mereka sendiri jika mereka lupa kepada tanggungjawap sosial mereka. Kami tidak memerlukan kedatangan syarikat yang hanya tahu mengambil tapi lupa tanggungjawap sosial. Malahan menjadi batu penghalang untuk mencapai objektif kerajaan untuk mencapai Wawasan 2020.


Masalah gate adalah satu hal. Mereka memasang gate dimerata-rata sehingga orang kampong tidak dapat menghubungi tanah mereka. Sedangkan mereka tadi untuk masuk ke tanah mereka juga terpaksa melalui tanah kampong yang ada. Mereka seperti tidak berfikir atau memiliki otak tapi tidak digunakan. Sebaliknya ia digunakan untuk menyusahkan masyarakat setempat .


Masalah persempadan tanah juga adalah satu cerita yang perlu direkodkan kerana sesetengah pihak mengambil tindakan sendiri untuk menentukan sempadan tanah mereka tanpa memaklumkan Jabatan Tanah Dan Ukur dan ketua kampong. Lantas dengan senang mengatakan kami sudah buat sempadan baru sedangkan syarikat ini dulunya yang membuat sewenang-wenangnya ke atas tanah yang mereka sangka milik mereka. Bila kita bertanya mengapa mereka bertanam di atas tanah bukan hak mereka, jawapan mereka adalah mereka ‘terlebih tanam’. Tapi bila anak tempatan yang lebih berhak mengusahakan tanah dengan mengharungi segala red tape yang ada, mereka mengata kita pula. Siapakah yang sepatutnya yang lebih berhak mempersoalkan tentang tanah di negeri ini?
Masalah bermasyarakat dengan orang kampong perlu juga disebut. Mereka bersikap lebih kurang ajar. Alangkah baiknya jika begini cara mereka pulang saja ke negeri asal mereka. Kita tidak memerlukan pelabur-pelabur luar yang tidak prihatin pada pembangunan ekonomi anak tempatan luarbandar.

Beginilah keadaannya jalan yang telah ditimbus itu telah dikorek semula tanpa ada rasa keprihatinan terhadap orang kampong dan pembangunan ekonominya. Mereka langsung tidak membantu dalam membangunkan sosio-ekonomi luarbandar seperti yang diharap-harapkan oleh kerajaan.
Gambar-gambar kenangan di atas adalah untuk pengajaran kepada anak-anak tempatan. Bangkit dan sedarlah!
“Kampung Kuat Negara Kuat”
Catatan Perjalanan Anak Tempatan
Profile jalan penghubung kampung Brantian Baru menjadi satu dilemma pada pembangunan ekonomi luar Bandar. Kerajaan dan pemimpin-pemimpin kita perlu peka untuk mendengar dan bertindak. Cerita jalan ini adalah sebahagian daripada cerita penderitaan dan kekecewaan rakyat yang ingin berusaha untuk maju. Apa yang diceritakan ini mempunyai mesej dimana ada sesuatu yang tidak kena dalam hal pengurusan tanah. ‘Tepuk dada tanya selera.’ Kita tidak mahu apa yang berlaku seperti ‘kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan.’
Kerja-kerja penimbusan jalan yang telah dikorek sebelumnya oleh satu syarikat luar di kampong Brantian Baru dengan alas an itu jalannya yang dibuatnya sendiri atas gerannya dan untuk menghalang kecurian. Siapakah yang menjadi mangsa di atas tindakan jelek dan tidak berperi kemanusiaan ini. Tanah kampong yang berada di hujung tanah daratan disebabkan itu saja sis-sisa tanah yang tinggal untuk dipohon dan dimajukan oleh orang kampong tempatan. Itu pun dipersoalkan oleh orang luar ‘umpama sudah diberikan tapak tapi hendak rumah pula.’
Apa yang ironiknya syarikat luar itu akan melalui jalan kampong dan reserve jalan untuk masuk dan membangunkan tanahnya. Kalaulah mereka datang ke Sabah dengan tujuan membangunkan bersama-sama pembangunan ekonomi negeri, kita mengalu-alukan dengan tangan terbuka. Tapi kalau kedatangan mereka adalah untuk mengisi kantong sendir saja dan mengaut semua tanah yang ada maka syarikat-syarikat seperti ini tidak diperlukan kerana kedatangan mereka lebih banyak mendatangkan kerosakan daripada membawa keamanan dan kesejahteraan di kawasan luarbandar, Sudah tiba masanya mereka pulang saja ke negeri asal mereka sendiri. Kita cuba lihat samada mereka boleh mendapatkan keistimewaan seperti yang ada di Sabah dimana penduduknya ramah dan harmoni. Janganlah sesetengah syarikat separti ini terus menerus mengambil kesempatan di atas kebaikan anak tempatan sehingga menyusahkan orang yang member mereka tapak. Belajarlah untuk merasa cukup kerana anak tempatan Sabah masih ramai yang tidak memiliki tanah!
Sungguh amat menyedihkan dan mengecewakan. Akibat tindakan mereka cita-cita kerajaan untuk menjadikan kampong/luarbandar sebahagian daripada penjana ekonomi dan berdaya saing menjadi terbantut dan lambat.
Hasil Tulisan/Nukilan:
Keluhan,Keresahan dan Tekanan.
Ketua Kampung Brantian Baru dan AJK Kg.
Tawau.Sabah.
01.03.09 (12:15 pm) [
edit]
3
Comments