SEKAPUR SIRIH : UCAPAN KETUA KAMPUNG

Syabas! Kepada semua rakan-rakan yang telah bertungkus lumus menjadikan Kg. Brantian Baru satu realiti. Tahniah saya ucapkan kepada saudara kita Cikgu Suhaidi Hj. Adinin yang telah berjaya menjadikan website kampung Brantian Baru life on line pada 28.05.08.
Hari ini adalah hari yang penuh bersejarah bagi Kg. Brantian Baru yang telah mengangkat kedudukan kampung yang walaupun berada di luarbandar tetapi telah berjaya menggunakan kemajuan ICT sebagai wadah pembangunan pemikiran untuk melengkapkan erti pembangunan ekonomi dan kualiti hidup khususnya di kawasan luar bandar. Saya percaya website kampung seumpama ini mungkin yang pertama di Sabah kalau tidak pun dikalangan yang terawal. Inisiatif ini bermakna kita juga tidak mahu ketinggalan dari arus Pembangunan Perdana Kerajaan di bawah rancangan Malaysia Kesembilan - RMK9 - dimana pun kita berada.
Kita perlu menjadi masyarakat luarbandar proaktif dengan program-program kerajaan yang telah dirancang. Tentunya kerajaan ingin melihat rancangan-rancangan RMK9 ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Dengan membantu kerajaan menjayakan objektifnya bermakna kita sebagai masyarakat luarbandar berjaya memajukan diri dan keluarga. Berjaya menjadikan kawasan luarbandar menjadi tempat yang selamat dan selesa untuk didiami. Berjaya mengubah pemikiran dengan mengganggap setiap cabaran yang kita hadapi adalah juga peluang bagi kita yang tinggal di luarbandar.
Kita mesti bercita-cita untuk menjadi masyarakat perdagangan yang berdaya saing dan berdaya maju walaupun kita tinggal dan mencari nafkah di luarbandar. Bangga berbudi kepada tanah. Saya percaya kini scenario pemikiran dari segi ekonomi, trend pemakanan dan politik kita telah banyak berubah. Sektor pertanian telah menjadi satu perniagaan dan bukan lagi sekadar barangan komoditi yang mudah didapati.
Hari ini saya selaku Ketua Kampung Brantian Baru merangkap Pengerusi JKKK Kg. Brantian Baru mengalu-alukan pandangan-pandangan yang membina dan posiif dari semua pihak demi kemajuan dan pembangunan kampung kami yang tercinta. Semoga idea-idea anda dapat kami gunakan kelak dalam road map Plan Pembangunan Brantian di bawah mainsream SDC.
Terima kasih kepada pemimpin-pemimpin kita yang senantiasa prihatin dalam memastikan kampung kita berwawasan dan berdaya maju; terima kasih kepada YB Datuk Seri Panglima Ghapur Hj Saleh merangkap ahli Parlimen Kalabakan dan YB Datuk Hamisah Samad – Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Batu, Tawau - N59
‘ Pertanian Adalah Satu Perniagaan ‘
Ahdie Bin Dodds
Merangkap Pengerusi JKKK Kg. Brantian Baru




Ijazah Teknologi Maklumat
Dengan Kepujian.
Ijazah Pentadbiran
Perniagaan.(USA)
Contoh Usahawan Berjaya